Penulis yang sama seperti blog ini

Wednesday, April 10, 2013

Paramore

Hari ini hari bersejarah kerana aku baru sahaja berjaya mendapatkan album lengkap Paramore yang baru iaitu Paramore. Rasanya...

Okaylah. Album ini mempunyai 17 buah lagu. Single terbaru mereka ialah Still Into You dan Now. 

Antara lagu yang terdapat di dalam album ini ialah:

1. Fast in my car
2. Now
3. Grow up
4. Daydreaming
5. Interlude: Moving On
6. Ain't It Fun
7. Part II
8. Last Hope
9. Still into you
10. Anklebiters
12. Interlude: Holiday
12. Proof
13. Hate to see your heart broken
14. Crazy girl
15. Interlude: I'm not angry
16. Be alone
17. Future

Bagi aku, aku suka lagu Interlude: Holiday, Still Into You, Hate To See Your Heart Broken, Interlude: Moving On dan paling aku suka lagu Proof. 

Haaaa. Tunggu masa je nak hadiahkan lagu Proof tu kat awek kesayangan aku tu. 

Ini adalah cover album Paramore:

Style kan? ^_^ 

Kalau ada orang datang singgah ke blog hitam tak berpenghuni ini, kalau rasa nak full album Paramore, bolehlah PM aku di Skype. Khaihiruma. 

Kalau malu, boleh terus download dekat iTunes. Haaaa. Macam rajin pulakkan nak download dekat iTunes.  Pilihan di tangan anda. 

Kalau ada yang perasan username skype tu. Jangan risau. Khai blogger Pada Saat Ini dah tak guna account Skype ini. Dia dah pass kat aku. Aku selaku kembarnya dan kebetulan mempunyai nama depan yang sama, rasanya tak salah aku guna account dia. Nama aku Khairul. 

Mungkin dalam minggu depan ada seorang lagi author. Seorang perempuan yang akan bersama aku run blog ni. Pergh! 2 authors. Bajet bajet blog hebat. Padahal tak berfollower. Khai cakap, tak guna kalau ada follower pun, belum tentu yang follow tu bukak baca apa yang kau tulis sebijik sebijik. Betul jugak! Bagus biar macam ni. Bebas nak tulis apa sahaja. 

Kredit kepada : Alfatah Syam dan Anwar Power Gila Power hasil daripada full album ini. Ini Anwar lain, bukan Anwar Ibrahim. DSAI takda masa nak dengar lagu Paramore apa semua ni. Ini lagha.

Okay. Itu sahaja untuk kali ini. Adios...

p/s: Sempena dengan PRU 13 ni dah decide ke nak pangkah yang mana? Aku harap korang pilih lah yang berintergiti sikit. Sedap jugak hidup. Gaji naik, harga kereta turun, harga minyak turun. Lega den...



Monday, April 8, 2013

langkahan pertama

Kadang kadang aku rasa malas nak menulis. Tapi sejak habis mengaji ni, masa terluang terlalu banyak. Bersepah-sepah masa terluang aku. Hamboi! Betul betul terluang masa dia sampai bersepah sepah. 

Hai, saya Khai. Blogger Pada Saat Ini. Blog hitam itu telah menemui Ilahi pada er..er..er.. Februari tahun ini. Yakni tahun 2013. 

Memang sengaja aku buat blog baru. Tapi kali ini biarlah ahli keluarga aku tak tahu asas kewujudan blog ini. Senang sikit nak carut adik beradik yang 'jauh-jauh'. Hahaha. Ternyata bukan itu tujuan aku kembali ke dunia blog ini. Sebenarnya..bosan. Itu je sebab aku kembali menaip. Zero follower. Nobody knows this black blog. Awesome right? Boleh tulis apa sahaja yang kita suka. Hoyeah! 

By the way. Kekasih aku yang doplohpatjam busy tu pun tak tahu aku buat blog baru. Jangankan blog. Twitter aku pun dia tak sempat scroll rasanya. Busy sangat. Apa benda yang busy corporate comm tu pun aku taktau. Ada yang cakap lebih kurang masscomm. Budak masscomm pun sempat lagi aku tengok ber instagram, bertweet, berfesbuk bagai. Mungkin corporate comm ni lebih komited terhadap kerja barangkali. 

Tak apalah. Biar dia busy dengan kerja. Jangan busy dengan jantan lain. 

Cakap banyak pun tak guna sebab fikiran aku lagi terarah kepada derby match pukul 3 pagi kejap lagi. Hoyeah! Manchester United menentang Manchester Shitty. Manchester is RED okay!

Menang perlawanan ini. Menanglah liga. Gitewwww :D

Okaylah. Aku nak sambung scroll twitter. Adios...