Penulis yang sama seperti blog ini

Wednesday, November 13, 2013

Android 4.4 Kit Kat untuk Xperia

Hi Google telah melancarkan sistem operasi terbaru yang dinamakan Android 4.4 Kit Kat. Hasil kesinambungan daripada Android 4.2.2 Jelly Beans. Sistem baru ini juga telah memberi peluang untuk low end & mid end device seperti Galaxy Young, Xperia Tipo & pelbagai peranti clone korea mahupun China untuk menggunakan sistem operasi ini. Ini kerana Kit Kat telah menyokong sistem peranti yang mempunyai RAM sekitar 512mb dan ke atas. Ini bermakna, sistem ni low requirement. Smartphone lopek pun boleh upgrade ke Android 4.4.
Aku juga telah gatal tangan untuk mencuba nasib menggunakan stock Android 4.4 Kit Kat ni dan gagal. Bukan gagal apa. Gagal unlock bootloader. Tech geek yang pakar pakar cakap, kalau unlock bootloader pun tak boleh buat, jangan mimpi nak install CyanogenMod. Nanti aku explain bootloader, CyanogenMod tu apa kebenda.
Semalam setelah gagal nak flashing ROM tu, aku ambil keputusan nak ubah sikit interface Xperia aku ni.
Daripada default launcher yang macam ni:

Aku ubah jadi macam ni : 





Taraaaaaaa! Interface baru stock Android 4.4 Kit Kat. Kalau tengok sekali imbas, ya macam Nexus 5. 

Aku download Nova Launcher. Launcher ni ringan dan seakan-akan stock Android. 

Download Clock JB+ untuk jam stock Jelly Bean.

 Apps QuickPic sebagai ganti apps album Xperia. Aku tak gemar sangat guna apps Album Xperia tu sebab lebih daripada 50 item dalam album, apps tak dapat berfungsi dengan baik. Crash la senang cerita. 

Segala apps daripada Google Inc developer dalam Google Play seperti Hangout,Chrome, Maps, YouTube dan Blogger.

Download 4.3 Android Wallpaper. Apps wallpaper ini mempunyai banyak wallpaper peranti terkenal seperti gambar cat Samsung Note 3, gambar bangunan HTC One, gambar belon untuk Galaxy S4 dan pelbagai lagi. 

Anda juga boleh mendownload stock kamera seperti ICS camera daripada Google Play sebagai kamera default untuk stock android, tetapi aku lebih suka mengguna default camera yang disediakan oleh pihak Sony ini sendiri. 

Aku juga install Go Locker dan Android Kit Kat GO Locker untuk tatalan kunci muka hadapan. Untuk menggunakan Android Kit Kat Locker, anda harus install GO Locker terlebih dahulu. Jika anda familiar dengan GO Launcher, bagus. Anda tidak perlu install GO Launcher untuk menggunakan GO Locker. LOL. 

Aku juga install beberapa apps seperti Whatsapp, Wechat,Instagram, Facebook, Tweetcaster,Swiftkey,Foursquare, SetCPU & Titanium Backup ( untuk root smartphone)

Sepanjang sehari guna interface Kit Kat ni aku berpuas hati dengan performance Nova Launcher dan stock android apps yang lain. 

Untuk sebarang pertanyaan atau pendapat boleh la hit button komen kat bawah tu. Blog ni sengaja aku tak promote sebab pada asalnya nak meroyan kat sini, tapi difikirkan balik, sampai bila nak meroyan. Yedak? 

p/s: terlupa nak download Candy Crush dengan Bitstrip.